SE7EN PRODUCTION
Tuesday, 27 October 2015 • 3:02 pm
Assalamualaikum & 안녕하세요

So, hey gais. Hari ni nak cerita sikit. Bukan sikit actually, banyak sebenarnya.Nak cerita pasal SE7EN PRODUCTION ni. Actually SE7EN PRODUCTION ni hanya dikenali di KPTM IPOH sahaja. Dimana, SE7EN PRODUCTION ni adalah sebuah production yang terdiri daripada 7 orang ahli dimana mereka adalah MAISARAH, MIRA, ZULAIKHA, ZULHAIKAL, ARIF, HAIKAL & AZHARI. SE7EN PRODUCTION ni terbentuk kerana FINAL PROJEK untuk subjek Digital Audio Video dimana kitaorang kena buat short documentari pasal butik atau bakery ataupun Street Hawker Stall. So, kitaorang pilih Street Hawker Stall.
So, pilihan kami ialah NGB BURGER BAKAR. Dan, hasilnya yang amat memuaskan sebab kitaorang menang award 'THE BEST PRESENTER & BEST VIDEO'. Alhamdulillah. Dalam sesebuah production mestilah ada kan Director apa semua tu, so,
MAISARAH as a DirectorMIRA as a Assistant DirectorZULAIKHA as a ScriptwriterZULHAIKAL as a Lighting ManARIF as a Cameraman 2HAIKAL as a Sound ManAZHARI as a Cameraman 1
![]() |
| Dari kiri : Haikal, Zulhaikal, Azhari, Arif, Sir Shahrul, Maisarah, Mira & Zulaikha |

So, if korang nak tengok video tu, korang boleh play video bawah ni
Labels: 2015, happy, KPTM Ipoh, memories, october, se7en production, story
Salam Ramadhan 18
Sunday, 5 July 2015 • 10:21 am
Assalamualaikum & 안녕하세요

Bismillahirahmanirahim...
Sedar tak sedar dah ramadhan yang ke 18 dah. Allahu, pantasnya masa berlalu. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berpuasa pada tahun ini dengan hati membawa penuh harapan. Bermacam cerita berlaku, gempa bumi, serta pelbagai kejadian yang boleh dijadikan teladan. Semua yang berlaku atas kuasa-Nya. Muhasabah diri.
Ramadhan kali ini lebih berasa terkilan kerana tidak dapat menyambut bulan mulia ini dengan ayah tersayang. Setiap detik yang berlalu, arwah ayah sentiasa diingati. Pemergiannya menjadi satu keperitan kerana kedatangannya dulu membawa seribu makna dalam kehidupan kami. Jika dibaca post yang lepas, ada bercerita mengenai ayah, serta lain lain. Air mata tidak dapat ditahan jika dibaca semula kisah yang lepas. Hanya mampu mengadu dan meluahkan pada Ilahi kerana Dia pendengar yang setia.
Ya allah, jika diberikan kesempatan, ketemukan aku dengan arwah ayahku.
Ayah, berita pertama yang pastinya ayah mahu dengar, semestinya angah dan along berjaya sambung pelajaran. Along belajar di Sabah. Angah di Ipoh. Kami berdua akan terus belajar dan akan berjaya suatu hari nanti. Kami akan buat ayah berasa bangga dengan kami. Dan, kami akan balas jasa ayah, penat lelah ayah selama ini yang penat mencari duit untuk kami adik beradik. Ayah, walaupun adik adik tidak seperti yang ayah harapkan, tapi mereka tidak pernah lupa pada ayah. Malah, kami tidak lagi bergaduh. Kami saling sayang menyayangi. Itu yang ayah mahukan. Ayah, walaupun mama tidak ambil peduli pada kami lagi, kami tetap sayang mama. Maafkan angah jika terkasar pada mama. Angah manusia biasa. Angah masih tidak dapat mengawal perasaan angah. Ayah..., alhamdulillah, angah akan berhijrah demi Allah dan demi ayah. Sebab angah terlalu sayangkan ayah. Angah masih tak puas hidup bersama ayah. Jumpa nanti... ayah :)
Labels: 2015, ayah, comeback, family, july, memories, sad, story
Hari Sukan Spinians PART 1
Friday, 21 June 2013 • 8:22 pm
Assalamualaikum & 안녕하세요

Cah ! I'm back :) Huhh ! Sooo tired today, feel like want to die. Because ! today is the fantastic day. Sport Day of Spinians is today. So, bila dah jadi senior ni, jadi semangat lah sikitkan. Tahun depan dah tak da dah kan. So, full with crazy spirit. HAHA. But ! why ada part-part bagai ni ? Sebab hari ini banyak camerawoman, so, that's why kena buat part. Ohh ya, untuk part 1 satu, it's fully from my tab. Bawa tab pergi sekolah ? Eleh, kau pun sama -.-'
For me, I'm from PERKASA house :) Yellow ! Sapa rumah kuning jugak angkat kaki >.< Okay, alhamdulillah, selama 12 tahun setia bersama rumah kuning daripada tadika ke darjah 1 hingga darjah 5 ke tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan di tingkatan 5 inilah Mira memegang jawatan KOMANDER, CAPTAIN, PENGERUSI dan segala macam lagi lah yang berunsur kan ketua dalam rumah kuning. Tak sia-siakan kesetiaan ini ? hoho :) NASRUL & SYADIL ! Please believe :D
Malas rasanya nak menaip panjang, tangan pun dah lenguh kibar bendera tadi. Apa kata, korang layan je gambar kat bawah ni :) But, separuh je yang kat sini. If wanna look the original once, please add me on FACEBOOK first, here. Then, after Mira dah approve, korang bolehlah tengok gambar tu dekat link ini ! FULLY EDITION ! By the way, Mira hanya approve mereka yang pakai own DP only. Yang pakai gambar kartun ke, apa ke, Mira tak approve. I'm sorry :)












PHOTOGRAPHER : MIRAACAMERA MODEL : SAMSUNG GALAXY TAB 2EDIT SOFTWARE : PIXLR O-MATIC
Labels: June, memories, sport day
I Got Present
Tuesday, 23 April 2013 • 8:56 pm
Assalamualaikum & 안녕하세요


Yeayy, hari ni Mira dapat banyak present. Sebenarnya, tak banyak pun ! Ada dapat 3 je :D Alhamdulillah. The first is, kawan Mira, dia baru je balik daripada Melaka ! So, dia bagi Mira keychain & gelang. Awesome gila. Gelang tu ada tulis nama Mira lagi :D Thank You Anis. I do saranghae you. HAHA.


Then Ferrero Rocher. Bukan daripada si tunang yea. Dia nak bagi ? Jangan harap lah -.-' Coklat tu from cikgu yang paling sayang dekat kelas Mira, Teacher Reha. Sebab, Mira buat keje yang dia suruh. HAHA, awesome gila kan cikgu tu ? Cikgu tu memang sayang kami, tapi, kami tak pernah sedar tentang itu. But, Mira sedar oww. Yang lain tu tak tahu lah ^^

Itu sahaja untuk entry kali ini. Ohh ya, alang-alang korang nak out dah kan, apa kata korang buat kuih dorayaki. Tengok resepi sini ! Alah, makanan kesukaan DORAEMON tu. Sedapp oww. Kalau pergi Jusco, selalu je ayah Mira belikan. Ohh yaa, ayah Mira sakit. Kaki dia bengkak. Korang doakan ayah Mira cepat sembuh yea :D Boleh pergi jalan-jalan lagi. Terima Kasih !
Sekian, Wasalam...
Labels: friend, gift, memories, teacher

