Ramadhan 23
Friday, 10 July 2015 • 2:18 pm
Assalamualaikum & 안녕하세요

Bismillahirahmanirahim...
Alhamdulillah. Sampai ke 23 Ramadhan dah. Kejapnya masa berlalu. Terlalu pantas rasanya Ramadhan kali ini. Jika diberi kesempatan, moga Allah pertemukan kita dengan Ramadhan di tahun akan datang. In Shaa Allah.
Seterusnya, alhamdulillah. Kelas minggu ini berjalan dengan lancar. Assignment sudah mula diterima. Rakan rakan sekelas pula semakin peramah. Kenalan rumah sewa sudah dianggapseperti keluarga sendiri. Alhamdulillah, syukur pada Allah atas pemberian nikmat ini. Moga Allah permudahkan lagi urusan hari hari mendatang. In Shaa Allah.
Melihat video MatLutfi sebentar tadi, aku terfikir, bertapa beraninya dia menyuarakan pelbagai pendapat dari segi agama, politik, dan sosial. Ilmu yang dipelajarinya, dia berkongsi agar semua mendapat teladan dan mengetahui apa yang tidak diketahui. Bertapa berbezanya orang yang berilmu berkata berbanding dengan orang yang tidak berilmu berkata kata. Sungguh berbeza.
Semoga apa yang kita semua lakukan mendapat berkat daripada Allah S.W.T. In Shaa Allah.
Labels: 2015, july, MatLutfi, ramadhan
Salam Ramadhan 18
Sunday, 5 July 2015 • 10:21 am
Assalamualaikum & 안녕하세요

Bismillahirahmanirahim...
Sedar tak sedar dah ramadhan yang ke 18 dah. Allahu, pantasnya masa berlalu. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berpuasa pada tahun ini dengan hati membawa penuh harapan. Bermacam cerita berlaku, gempa bumi, serta pelbagai kejadian yang boleh dijadikan teladan. Semua yang berlaku atas kuasa-Nya. Muhasabah diri.
Ramadhan kali ini lebih berasa terkilan kerana tidak dapat menyambut bulan mulia ini dengan ayah tersayang. Setiap detik yang berlalu, arwah ayah sentiasa diingati. Pemergiannya menjadi satu keperitan kerana kedatangannya dulu membawa seribu makna dalam kehidupan kami. Jika dibaca post yang lepas, ada bercerita mengenai ayah, serta lain lain. Air mata tidak dapat ditahan jika dibaca semula kisah yang lepas. Hanya mampu mengadu dan meluahkan pada Ilahi kerana Dia pendengar yang setia.
Ya allah, jika diberikan kesempatan, ketemukan aku dengan arwah ayahku.
Ayah, berita pertama yang pastinya ayah mahu dengar, semestinya angah dan along berjaya sambung pelajaran. Along belajar di Sabah. Angah di Ipoh. Kami berdua akan terus belajar dan akan berjaya suatu hari nanti. Kami akan buat ayah berasa bangga dengan kami. Dan, kami akan balas jasa ayah, penat lelah ayah selama ini yang penat mencari duit untuk kami adik beradik. Ayah, walaupun adik adik tidak seperti yang ayah harapkan, tapi mereka tidak pernah lupa pada ayah. Malah, kami tidak lagi bergaduh. Kami saling sayang menyayangi. Itu yang ayah mahukan. Ayah, walaupun mama tidak ambil peduli pada kami lagi, kami tetap sayang mama. Maafkan angah jika terkasar pada mama. Angah manusia biasa. Angah masih tidak dapat mengawal perasaan angah. Ayah..., alhamdulillah, angah akan berhijrah demi Allah dan demi ayah. Sebab angah terlalu sayangkan ayah. Angah masih tak puas hidup bersama ayah. Jumpa nanti... ayah :)
Labels: 2015, ayah, comeback, family, july, memories, sad, story
I Revealed My Crush
Sunday, 7 July 2013 • 2:31 pm
Assalamualaikum & 안녕하세요

Crush ? Korang mesti ada CRUSH kan ? Sama ada crush korang tahu ataupun tak yang korang suka dia. Mira pun ada crush jugak :D From darjah 5 sampailah dah tingkatan 5, Mira tetap have a crush on him. Lama ? Mana ada lama :/ Mira ada couple juga dengan budak lain, tapi putus :3 sebab mereka kata Mira tak boleh faham mereka ? WTF ? HAHA, okay. Crush Mira ni dah ada yang punya lah kot. Ingat tak entry yang ni --> Miraa Bertunang . After je post entry tu, Mira stalker twitter dia. You know what I get ? Dia pun ada tweet, dia tweet ni "Last day being single." korang faham lah kan apa maksud dia ? Miraa try cari balik tweet tu, but tak jumpa sebab banyak sangat dia tweet. Sehari dalam 25 tweets dia post. HAHA. Yang sakainya, dia punya 'LOVELY GF' tu nama dia Mira ? HAHA, not me okay. Kalau dia couple dengan Mira dah lama Mira asyik date dengan dia je. Kita orang satu taman. HAHA :D
Miraa ? Asal kau tiru nama aku :/ Serious, menyampah gila bila cerita pasal dia. Normal lah kan, dia dapat crush kita, memang kita akan menyampah lah dengan perempuan tu kan. But, it's okay lah. Mira tak cantik macam GF dia tu. Kalau tak silap masa FORM 1, Mira ada cakap kat dia yang Mira suka dia, but melalui surat lah. Nak jumpa ? Memang tak lah. Malu siot -.-' Kawan Mira, Syamil yang tolong masa tu. HOHO. Malu oww bila ingat balik -.-'

Memang panas hati bila baca tweet dia dengan GF dia tu. Tapi, sapa kita nak halang mereka kan ? Sabo jelahh.

Mira tak tahu kenapa Mira minat dia. Mungkin dia handsome ? Mungkin lah. Dia poyo ? Yes ! Memang dia poyo gila-gila. Haihhh. Dan Mira selalu tanya, kenapa mesti dia ?


Tak payah cakap lah, sebab memang ini yang akan berlaku pada korang yang ada Crush kan ?

Gaya dia memang menarik hati Mira. Haihh, Mira ! Kau memang dah parah.

Haha, can I ? That's funny if he accept me :/
Memang aku tak cantik :/

Tak kisah lah, tapi Mira still berharap,

And,

WHO IS HE ?
Just let only me know :') Dear Crush, sorry for taking your picture without telling you :/ You might angry with me, don't you ?


