Salam Ramadhan 18
Sunday, 5 July 2015 • 10:21 am
Assalamualaikum & 안녕하세요

Bismillahirahmanirahim...
Sedar tak sedar dah ramadhan yang ke 18 dah. Allahu, pantasnya masa berlalu. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berpuasa pada tahun ini dengan hati membawa penuh harapan. Bermacam cerita berlaku, gempa bumi, serta pelbagai kejadian yang boleh dijadikan teladan. Semua yang berlaku atas kuasa-Nya. Muhasabah diri.
Ramadhan kali ini lebih berasa terkilan kerana tidak dapat menyambut bulan mulia ini dengan ayah tersayang. Setiap detik yang berlalu, arwah ayah sentiasa diingati. Pemergiannya menjadi satu keperitan kerana kedatangannya dulu membawa seribu makna dalam kehidupan kami. Jika dibaca post yang lepas, ada bercerita mengenai ayah, serta lain lain. Air mata tidak dapat ditahan jika dibaca semula kisah yang lepas. Hanya mampu mengadu dan meluahkan pada Ilahi kerana Dia pendengar yang setia.
Ya allah, jika diberikan kesempatan, ketemukan aku dengan arwah ayahku.
Ayah, berita pertama yang pastinya ayah mahu dengar, semestinya angah dan along berjaya sambung pelajaran. Along belajar di Sabah. Angah di Ipoh. Kami berdua akan terus belajar dan akan berjaya suatu hari nanti. Kami akan buat ayah berasa bangga dengan kami. Dan, kami akan balas jasa ayah, penat lelah ayah selama ini yang penat mencari duit untuk kami adik beradik. Ayah, walaupun adik adik tidak seperti yang ayah harapkan, tapi mereka tidak pernah lupa pada ayah. Malah, kami tidak lagi bergaduh. Kami saling sayang menyayangi. Itu yang ayah mahukan. Ayah, walaupun mama tidak ambil peduli pada kami lagi, kami tetap sayang mama. Maafkan angah jika terkasar pada mama. Angah manusia biasa. Angah masih tidak dapat mengawal perasaan angah. Ayah..., alhamdulillah, angah akan berhijrah demi Allah dan demi ayah. Sebab angah terlalu sayangkan ayah. Angah masih tak puas hidup bersama ayah. Jumpa nanti... ayah :)
Labels: 2015, ayah, comeback, family, july, memories, sad, story
1001 Cerita
Sunday, 4 August 2013 • 6:06 am
Assalamualaikum & 안녕하세요

I'm just comeback, my dear. Kembali dengan lifestyle yang baru, wajah yang baru, azam yang baru untuk kekuatan yang baru. Haha, see ! see ! I'm addicted with Exo :) Ottoke ? HAHA. I'm just multi-fandom :D Apa nak tulis ehh ? Tadi macam banyak sangat cerita. Ohhya, nak cerita lah pasal pengalaman drop-out ni kan. Publish pepagi buta ni macam ada yang nak baca je. It's okaylah, baca ke tak, Miraa still nak cerita jugak.
Bulan 7 ni memang bulan yang paling teruk untuk Mira. Sebulan 4 minggu, dalam 4 minggu ni hanya 8 hari sahaja, Miraa pergi sekolah. Kenapa ? Sebab kena drop lah ! Brrr, geram siak. But, everything is okay now :) Thanks to Amiliya, Azila dan yang lain-lain yang membantu Miraa. HAHA, gila lah kau Miraa, tahun ni dah lah SPM, bole pulak ponteng cenggitu. Tipulah kalau mama Miraa tak marah, but, perasaan ni hanya Miraa je yang rasa. Damn !
Ohh ya, hari jumaat yang lepas Mira berbuka dengan cikgu dan kawan-kawan dekat sekolah atas sebab PROGRAM TITIAN KASIH. Then, masa nak balik tu, ucap selamat hari raya kat kawan, mohon keampunan dan sebagainya dan ada satu pesanan yang Miraa tak akan lupa siak ! 'Hope korang happy beraya dengan family. Jangan jadi macam kita tau.' she said like that ? OMG ! What happen ? Dengan peliknya Mira bertanya, 'Ehh, kenapa kamu ?' She just smiled and go away. Bila tanya rakan yang lain, baru mereka cerita yang mak dan ayah dia dah bercerai. Sumpah ! Tak percaya den. Wahhh. Memang terkejut gila masa tu. Kalau Miraa tahu, Mira peluk dia... Miraa nak nangis dengan dia, but, sorry friend. I don't know :'(
Then, hoi ! Capital J. Makin sombong siak Crush aku sekor ni. Sepak laju-laju kang baru tahu. Still on J ? 6 tahun Miraa. Hati kau masih tak berubah ? HAHA, hati kau memang gila. Kekadang ada jugak tanya hati ni, kenapa mesti Capital J yang sudah berpunya tu. But, hati ni mendiamkan diri :| Tak ada guna lah nak cerita pasal dia ni. Haishh...
Then, apo lagi ? Heh ! Time to sleep lah, dah lama tak tidur ni :? Will be right back dengan cerita yang lain, okayy ? Heee :D Btw, Selamat Hari Raya :D
Labels: august, back, comeback
I Do What I Want To Do !
Friday, 7 June 2013 • 2:57 pm
Assalamualaikum & 안녕하세요
Cahh ! Post terbaru saya. Ada ke yang nak baca ? Whatever. Yang penting saya dah design blog saya dengan skin yang baru. Terima kasih pada mereka yang menolong. Mayra, Wana, Atiqah, WeHeartIt and so on. Jadi, mulai dari sekarang, saya akan mula aktif seperti biasa. Join semua giveaway, segmen dan pelbagai lagi. SPM tidak menjadi penghalang untuk saya terus dalam dunia blog. Asalkan, saya bijak membahagikan masa antara blog dan belajar. So, doakan saya supaya dapat buat yang terbaik untuk SPM nanti.
Hari ini, hari mulia, Jumaat. Lepas jumaat mestilah sabtu, kemudian ahad. Seterusnya isnin !! Hahh ! Isnin dah mula sekolah balik. Mira tak siapkan apa-apa lagi. Kerja seni, projek akaun pun dah kemana, Mira tak tahu. Apa nak jadi dengan Mira tak tahulah. 24 jam dekat rumah hanya mengadap notebook ni je. Layan cerita Running Man, Drama Korea, Running Man, Drama Korea. Penat pun ada lah juga, sikit.
Masa cuti ni, Mira tak ada pergi mana-mana selain balik kampung. Banyak sangat kenduri kahwin. Antaranya, mak saudara Mira, dia pun kahwin jugak. Cahh, Selamat Pengantin Baru !! Nanti Mira update entry pasal kenduri kahwin ni. Hahhh, rindu kawan-kawan. Rasa tak sabar nak ke sekolah mula menyelubungi diri, tapi, bila fikir pasal kerja seni dengan projek akaun. Hmm, batal segala rasa tidak sabar tu. Rasa macam dah putus asa gila-gila.
Tapi ! Ingat segala cita-cita yang ingin dicapai. Segala penat lelah sebelum ini, Mira bangkit semula untuk terus berjaya. Insya-Allah, Mira boleh !! Apa yang penting, berusaha, berdoa dan akhir sekali hanya mampu tawakal pada Allah. Jadi, Mira akhiri post Mira kali ini dengan ucapan terima kasih pada mereka yang dah bantu Mira. Haha...

Labels: Candy Eye, comeback, June