i ii iii
thantophobia
scared of losing somenone you love;
iv v vi

Salam Ramadhan 18
Sunday 5 July 2015 • 10:21 am

Assalamualaikum & 안녕하세요


Bismillahirahmanirahim...
Sedar tak sedar dah ramadhan yang ke 18 dah. Allahu, pantasnya masa berlalu. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berpuasa pada tahun ini dengan hati membawa penuh harapan. Bermacam cerita berlaku, gempa bumi, serta pelbagai kejadian yang boleh dijadikan teladan. Semua yang berlaku atas kuasa-Nya. Muhasabah diri.

Ramadhan kali ini lebih berasa terkilan kerana tidak dapat menyambut bulan mulia ini dengan ayah tersayang. Setiap detik yang berlalu, arwah ayah sentiasa diingati. Pemergiannya menjadi satu keperitan kerana kedatangannya dulu membawa seribu makna dalam kehidupan kami. Jika dibaca post yang lepas, ada bercerita mengenai ayah, serta lain lain. Air mata tidak dapat ditahan jika dibaca semula kisah yang lepas. Hanya mampu mengadu dan meluahkan pada Ilahi kerana Dia pendengar yang setia.

Ya allah, jika diberikan kesempatan, ketemukan aku dengan arwah ayahku.


Ayah, berita pertama yang pastinya ayah mahu dengar, semestinya angah dan along berjaya sambung pelajaran. Along belajar di Sabah. Angah di Ipoh. Kami berdua akan terus belajar dan akan berjaya suatu hari nanti. Kami akan buat ayah berasa bangga dengan kami. Dan, kami akan balas jasa ayah, penat lelah ayah selama ini yang penat mencari duit untuk kami adik beradik. Ayah, walaupun adik adik tidak seperti yang ayah harapkan, tapi mereka tidak pernah lupa pada ayah. Malah, kami tidak lagi bergaduh. Kami saling sayang menyayangi. Itu yang ayah mahukan. Ayah, walaupun mama tidak ambil peduli pada kami lagi, kami tetap sayang mama. Maafkan angah jika terkasar pada mama. Angah manusia biasa. Angah masih tidak dapat mengawal perasaan angah. Ayah..., alhamdulillah, angah akan berhijrah demi Allah dan demi ayah. Sebab angah terlalu sayangkan ayah. Angah masih tak puas hidup bersama ayah. Jumpa nanti... ayah :)

Labels: , , , , , , ,



Intro




Archive




Instagram




Shout Out Loud!



credit


design and template originally by ayuni