i ii iii
thantophobia
scared of losing somenone you love;
iv v vi

Ramadhan 23
Friday 10 July 2015 • 2:18 pm

Assalamualaikum & 안녕하세요


Bismillahirahmanirahim...
Alhamdulillah. Sampai ke 23 Ramadhan dah. Kejapnya masa berlalu. Terlalu pantas rasanya Ramadhan kali ini. Jika diberi kesempatan, moga Allah pertemukan kita dengan Ramadhan di tahun akan datang. In Shaa Allah.

Seterusnya, alhamdulillah. Kelas minggu ini berjalan dengan lancar. Assignment sudah mula diterima. Rakan rakan sekelas pula semakin peramah. Kenalan rumah sewa sudah dianggapseperti keluarga sendiri. Alhamdulillah, syukur pada Allah atas pemberian nikmat ini. Moga Allah permudahkan lagi urusan hari hari mendatang. In Shaa Allah.

Melihat video MatLutfi sebentar tadi, aku terfikir, bertapa beraninya dia menyuarakan pelbagai pendapat dari segi agama, politik, dan sosial. Ilmu yang dipelajarinya, dia berkongsi agar semua mendapat teladan dan mengetahui apa yang tidak diketahui. Bertapa berbezanya orang yang berilmu berkata berbanding dengan orang yang tidak berilmu berkata kata. Sungguh berbeza.

Semoga apa yang kita semua lakukan mendapat berkat daripada Allah S.W.T. In Shaa Allah.

Labels: , , ,



Intro




Archive




Instagram




Shout Out Loud!



credit


design and template originally by ayuni