Salam Ramadhan 18
Sunday, 5 July 2015 • 10:21 am
Assalamualaikum & 안녕하세요

Bismillahirahmanirahim...
Sedar tak sedar dah ramadhan yang ke 18 dah. Allahu, pantasnya masa berlalu. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berpuasa pada tahun ini dengan hati membawa penuh harapan. Bermacam cerita berlaku, gempa bumi, serta pelbagai kejadian yang boleh dijadikan teladan. Semua yang berlaku atas kuasa-Nya. Muhasabah diri.
Ramadhan kali ini lebih berasa terkilan kerana tidak dapat menyambut bulan mulia ini dengan ayah tersayang. Setiap detik yang berlalu, arwah ayah sentiasa diingati. Pemergiannya menjadi satu keperitan kerana kedatangannya dulu membawa seribu makna dalam kehidupan kami. Jika dibaca post yang lepas, ada bercerita mengenai ayah, serta lain lain. Air mata tidak dapat ditahan jika dibaca semula kisah yang lepas. Hanya mampu mengadu dan meluahkan pada Ilahi kerana Dia pendengar yang setia.
Ya allah, jika diberikan kesempatan, ketemukan aku dengan arwah ayahku.
Ayah, berita pertama yang pastinya ayah mahu dengar, semestinya angah dan along berjaya sambung pelajaran. Along belajar di Sabah. Angah di Ipoh. Kami berdua akan terus belajar dan akan berjaya suatu hari nanti. Kami akan buat ayah berasa bangga dengan kami. Dan, kami akan balas jasa ayah, penat lelah ayah selama ini yang penat mencari duit untuk kami adik beradik. Ayah, walaupun adik adik tidak seperti yang ayah harapkan, tapi mereka tidak pernah lupa pada ayah. Malah, kami tidak lagi bergaduh. Kami saling sayang menyayangi. Itu yang ayah mahukan. Ayah, walaupun mama tidak ambil peduli pada kami lagi, kami tetap sayang mama. Maafkan angah jika terkasar pada mama. Angah manusia biasa. Angah masih tidak dapat mengawal perasaan angah. Ayah..., alhamdulillah, angah akan berhijrah demi Allah dan demi ayah. Sebab angah terlalu sayangkan ayah. Angah masih tak puas hidup bersama ayah. Jumpa nanti... ayah :)
Labels: 2015, ayah, comeback, family, july, memories, sad, story
Ayah kembali pada-Nya
Tuesday, 7 January 2014 • 2:28 pm
Assalamualaikum & 안녕하세요

Allahuakhbar ! Miraa dah tak boleh nak cakap apa apa lagi. Semuanya telah ditetapkan. Semuanya telah tertulis. Miraa hanya mampu bersabar dan berdoa untuk arwah ayah Miraa. Suasana memang pilu sangat. Sedih sangat. Sapa tak sedihkan kehilangan orang yang tersayang buat selama-lamanya. But, dekat rumah ni, Miraa tak terasa sangat, sebab memang ayah jarang balik rumah. Selalu balik 2 kali je sebulan. Sebulan, ayah ada 4 kali je kat rumah. Sebab tu tak rasa sangat tapi, bila balik kampung belah ayah dekat Tapah, memang terasa sangat. Terasa yang ayah betul betul dah tak ada. Bila ziarah kubur ayah tu, airmata tak henti mengalir. Memang tak boleh nak tahan.
Miraa pun tak sangka yang ayah Miraa nak pergi seawal ini. Semuanya berlaku terlalu pantas. Miraa harap sangat yang ayah Miraa mampu bertahan sampai hari jadi kami 18/01 ni. Sedih sangat, terlalu sedih. Miraa rasa nak mati je. Nak ikut ayah Miraa. Tapi, bekalan Miraa tak cukup. Miraa masih tak sempurna untuk ikut ayah Miraa. Miraa sabar je, sebab satu hari nanti Miraa memang akan dapat jumpa ayah Miraa semula, cuma Miraa tak tahu bila masanya. Pasti akan tiba masanya nanti.
Ayah... Angah sayang ayah sangat sangat. Angah minta maaf atas segala kesalahan angah pada ayah. Ayah, angah dah lama maafkan ayah. Lagipun, ayah tak ada buat salah dengan angah pun. Ayah... Mama dengan anak anak ayah selalu doakan ayah. Angah yakin Allah tempatkan ayah dikalangan orang orang yang beriman, sama macam arwah opah. Ayah ada mak dengan ayah, ayah kat sana. Angah akan jumpa ayah satu hari nanti. Ayah tunggu angah, yea ? Angah sayang ayah sangat sangat. Ayah tetap ayah angah, walaupun ayah dah tak ada dekat dunia ni.
To be continue...
Labels: ayah, family, sad, story
Hari Kedua
Wednesday, 18 December 2013 • 8:47 pm
Assalamualaikum & 안녕하세요

Alright, hari kedua ayah Miraa dekat hospital. Ayah nampak lemah, terbaring je sebab hari ini doktor buang air 5 liter. Lepas tu, tambah nutrient 2 botol je, mungkin sebab tu ayah lemah. Semalam, kawan ayah datang ada juga ayah ceria. Tadi pun ada jugak kawan ayah datang, tapi lepas kawan ayah balik, ayah diam balik. Ayah cepat rasa lapar dan ada rasa pening sikit. Tapi, takpalah... asalkan ayah cepat sembuh.Insya-allah...
Next ? Tak tahu nak cerita apa dah. Eh... tapikan, dalam masa 2 hari berada di hospital ni, aku dapat 2 majalah Klik! . Hehe ;) Satu cover Running Man, satu lagi cover BTS. Oh BTS ! Aku suka V dengan Jimin tu :) Lepas tu free poskad BTS dengan poster besar U-Kiss dan kalendar 2014 punya. Gempak weyh... Sekarang ni tunggu nak beli majalah e-pop. Mahal, RM12.30 ! Tunggu ada duit nanti aku beli ehh. Versi bahasa melayu punya. Kat Perak tu Miraa cari semua versi mandarin. Miraa mana faham bahasa mandarin, belajar pun idok !
Baiklah. We stop here, esok tengok keadaan, kalau rajin, Miraa update, kalau tak, sorry lah :D
Labels: december, family, story
Family Day @ Sunway Lagoon (PART 1)
Thursday, 10 October 2013 • 9:18 am
Assalamualaikum & 안녕하세요


Oh yeah yeah :D Ni yang nak mulakan story 3524 patah perkataan ni ^^ haha, tak adalah. Penat korang nak membacanya nanti. Ni pembuka bicara pun dah merepek. Alright, masa 05/10/2013 hari tu ! UEM TEAM ada buat Family Day dekat Sunway Lagoon. Haaa, 7 tahun lepas, ada buat jugak di tempat yang sama. Masa tu Mira budak lagi. haha, comel je >.< Kalau 7 tahun lepas is Abang Naz jadi pengacara, tahun ni pulak Kak Shira dan Abang Farouk pula mengambil tempat. Ohho gempak gila mereka berdua ni. Nyaris tak ada Zizang je. haha.
Alright tepat jam 12:15 AM, 05/10/2013, Mira and family memulakan perjalanan ke KL. Masa on the way tu, Mira dengan adik Mira je yang jaga & ayah Mira lah, kalau ayah Mira ridur sapa yang nak drive ? Lainlah kalau naik kereta GOOGLE ! Adik Mira tu memang suka berjaga 2, 3 pagi. Itu memang keje dia. yang Mira ni pulak... HEE :D ada Insomnia. Tak tahu Insomnia tu apa ? Ha baca sini. Alright... Dengan tenang ayah memandu ditemani nostalgia 96.90 FM (sinar.fm) Memang best lah lagu dia. Melayan perasaan sungguh !
Then sampai kat Perhentian Sg. Buloh tepat pukul 2:56 AM. Ayah kata still awal lagi, jom tidur dulu. Pukul 6 baru gerak pergi Subang. OMG ! Tidur ? Heee :D makan dulu. Lapar. Mira makan nasi goreng bersama seketul ayam goreng. Sedapp ohh ^^ Then, dah habis makan, masuk ahh kereta nak tidur. Ayah Mira dengan adik laki Mira tu, tidur dekat pondok. Kat tepi tu kan ada pondok, so tidurlah situ. Yang lain semua tidur dalam kereta. Mira ? Mana boleh tidur :/ Nasib baik ada bawa laptop, bolehlah layan Video KPOP. Kejap-kejap tengok video KPOP, kejap-kejap tengok video EXO. Pastu try tidur, tapi tak boleh. Pastu tangkap gambar


Itu je pun gambarnya. Yang lain ada, tapi.... Heee :D Private ahh, tidak menutupi auratku :) Alright, sampai lah pukul 6 ! Mira tak tidur. Dalam pukul 6:30 cenggitu, pergilah menuju ke Subang. Actually, Mira nak sambung cerita lagi, tapi ! Internet ni tak bagi peluang kat Mira, so, sampai disini sahaja. Wait for next part, okay ? haha
Lost World Of Tambun
Saturday, 20 April 2013 • 4:31 pm
Assalamualaikum & 안녕하세요


Wahhh, lamanya dah tak post something dekat blog ni ! Rindu gila :D Tengok tengok tengok skin berubah lagi :) Haa, kan Mira dah cakap, Mira ni cepat bosan dengan skin. Habis semua skin yang korang buat dekat blogskin tu Mira cuba. Haa, kalau ada skin baru yang korang buat, bagi tahu lah Mira. Bia Mira yang pakai ^^ Selalunya Mira akan guna skin yang dibuat oleh Mayra, Wana atau Kak Ziera. Tapi, dah lama Kak Ziera tak buat skin baru. Tapi, sebenarnya, bukan itu cerita yang Mira nak post harini.
Sebenarnya, minggu lepas ayah Mira bawa pergi mandi dekat LOST WORLD OF TAMBUN ! Kalau korang nak pergi pun boleh jugak. Seronok gila, lokasi dia dekat Tambun Ipoh Perak. Boleh tengok dekat peta bawa ni.
KLIK UNTUK TUMBESARAN
*Peta ini from Ipoh to Sunway City*
Lepas tu, tiket masuk dia, RM45 untuk dewasa, kanak-kanak RM38. Tak boleh bawa masuk makanan daripada luar tau. Semua kena beli kat dalam tu, tapi, dalam tu semua mahal gilo. Air tin 100 Plus pun RM3 satu. Gilo cekik darah -,-' Masa Mira pergi tu ada buat FAMILY DAY daripada sebuah syarikat di KL. Memang ramai gilo orangnyo. Sesak -.-'' Tapi, seronok, bole cuci mata. Ada banyak mamat handsome. HAHA :D
Minggu lepas, ayah Mira beli SAMSUNG GALAXY TAB II :D So, semua gambar yang Mira siarkan nanti, Mira tangkap guna Tab tu lah. Sebenarnya kakak Mira yang tolong tangkapkan. Ada banyak gambar Mira sebenarnya, tapi, Mira tak siarkan atas sebab-sebab tertentu, seperti tidak bertudung :D Malas cerita banyak, korang layan jelah gambar ni. Cantikkan ?


















Sekian Terima Kasih...
Labels: family, holiday, lost world


