i ii iii
thantophobia
scared of losing somenone you love;
iv v vi

Kisah Raya - Part 1
Wednesday 14 August 2013 • 1:55 pm

Assalamualaikum & 안녕하세요

Hmmm, kisah di malam raya ? Everything goes perfectly. Hari terakhir berbuka, Miraa sekeluarga berbuka di kampung belah ayah Miraa yang terletak di Tapah. Semua keluarga berkumpul untuk berbuka-bersama-sama tapi, masih ada satu keluarga yang tertinggal. Maka, pada hari hari terakhir berbuka, keluarga 96 kami, tidak lengkap. HAHA, cewahh..., ayat skema betul. Ai maklumlah trial semakin hampir, BM kena lulus :) Okayy, malas cerita pasal SPM, berbalik pada kisah raya Miraa. Hari terakhir berbuka, that's mean malam raya, memang makan kenyang betul. Sate, ayam masak merah, lemang, rendang daging dan macam-macam lagi menyebabkan selera Miraa terbuka luas. Namun, nafsu makan tetap dikawal. Lepas makan, lepak dengan sepupu sekejap, then keluar pergi beli kelengkapan raya yang masih tidak lengkap. Alhamdulillah, sebelum pukul 11 malam dah sampai rumah. Thanks to Abanglong kerana sudi menjadi driver, hewhew :D After that, it's mercun time. Part ni paling awesome. Apabila jiran sejauh 5km memulakan serangan, kami dengan yakin mula berperang. HAHA, yang pasti, kami menang dek kerana mercun kami yang awesome. HAHA :D Jam menunjukkan 12 malam. Masih ada yang tak tidur, iron baju punya pasal. Nasib lah Miraa dah iron baju awal-awal. Thanks to along kerana membebel selagi Miraa tak gosok baju. HAHA. Tangan laju menggosok, mulut laju berkata-kata. Sepupu dengan mak sedara Miraa boleh pulak sembang pasal KPOP. Penangan Running Man yang paling kuat. Kim Jong Kok dan Gwang Soo menjadi rebutan. HAHA, Miraa bertekad memilih Tiger berbanding Girafah. Akhirnya, kami tertidur.

1 Syawal
Di pagi raya, kami semua dia kejutkan dengan suara makngah yang lantang. Ehh ? Masih ada yang tak habis iron baju lagi. Haihh lah nasib korang. Hehe :D Bangun je, terus menunggu giliran untuk mandi. Sepupu sepapat ramai, bilik ada dua je. Lepas tu, satu badan mandi sampai 2 Jam, namun, didahului dulu kepada kaum lelaki untuk mereka ke masjid untuk sembahyang raya. Kaum wanita hanya menanti dengan penuh sabar. Sedang asyik bersembang, datanglah pulak sepupu Miraa sorang ni. Dah segak berbaju melayu warna kelabu, boleh lah pulak tak tahu pakai sampin. Haihhlah bangteh, kau tak pernah pakai kain pelekat ke ? Thanks to Aunty kerana menolong. Setelah selesai Miraa mandi, Miraa menyarungkan baju kurung berwarna purple yang bukan kesukaanku. Disiap dengan hijab bagi menutup aurat. Aksesories dipakaikan bagi nampak lebih menyerlah. Kemudian, perut Miraa mula berkeroncong. Mee Kari menjadi pilihan. Sebelum makan, sesi bergambar diadakan bagi mengekalkan memori indah itu bersama keluarga. Keluarga Miraa :)


Kemudian, makanlah sesudu kuah kari, then, mama kata jom salam ayah. Bangunlah kembali salam mama, lepas tu salam ayah. Mira laju je salam sebab airmata nak mengalir masa tu. Miraa taknak nangis macam tahun lepas, tapi, bila mama cerita balik yang ayah nangis, airmata Miraa memang tak dapat nak disembunyikan lagi. Alhamdulillah, raya tahun ini lebih meriah berbanding tahun lepas kerana ayah Mira berubah :') Berubah dari segi apa ? Biarlah Miraa yang mengetahuinya seorang. Lepas dah mohon ampun dengan ibubapa, tiba masanya ibu dan bapa saudara kemudian barulah sepupu yang lain. Kemudian kutip lah duit raya dari sorang ke sorang. Alhamdulillah, walaupun tak banyak macam tahun lalu, masih ada juga untuk Miraa yang dah tua ni. Kemudian, dek kerana kereta Miraa problem, kami sekeluarga tak pergi ikut beraya di rumah saudara yang lain. Hanya duduk di rumah menonton televisyen, sembang dengan ayah & mama, tengok MV KPOP dan tanpa disedari satu keluarga telah kembali pulang.

Mungkin panas terik tapi, Miraa tidak terfikir untuk berendam di dalam bilik air, sehinggalah sepupu Miraa ni ajak pergi mandi dekat Lata Kinjang. Me ? Okayy je. HAHA. Setelah setting kedudukan, kami bertekad ke Lata Kinjang di petang hari 1 Syawal. Tak jauh mana pun Lata Kinjang from Temoh tu. Kalau sepupu Miraa tu driver ada lah dalam 10 minit gitu. Okay, Bangteh sepupu Miraa driver, Kakngah is me, Kaklong kakak Miraa, Ila adik Miraa, Arif adik sepupu Miraa, Fiza adik bangteh. Banglong abang bangteh dan Asri adik Miraa, naik motor. Okayy, set. Kami pergi lah ke destinasi kami. HAHA, kelakar :D Adalah mat-mat motor berbaju melayu memandu macam jalan tu bapak depa yang punya. Damn ! Kau nak main dengan kereta memang kena hidu asap lah, der. HAHA. Okay, perjalanan goes smoothly, memanglah kereta auto kot, memang santai lah sepupu Mira tu drive. Dan kami dah sampai :) Sepupu Mira kata, "Sampai, terus terjun, tak payah bawa baju turun sebab parking kereta depan tandas. Mandi sampai matahari tenggelam." kata dia. Then, ikut jelah turun keta, jalan sikit. Sikit ? Tak ! Jalan banyak langkah then, bukak selipar, setting nak berendam kat mana, then, terus turun masuk air. HAHA, bila dah basah badan, baru sedar yang kat situ tak ada melayu pong ! HAHA, yang ada cina & India ja. Mereka pandang kami pelik semacam, tapi, ada kami kisah ? HAHA.

Then, after that, adalah rombongan minah-minah pakai baju kurung mendaki bukit tu, "Bangteh, pilih sorang awek." kata kakak Mira, si along ni tadi. "Bangteh nak yang baju purple tuhh." jawab si sepupu Miraa ni tadi. Okayy, zoom lah dekat minah yang pakai baju purple. Choopp ! "Eh, baju purple yang mana ?" aku tanya. Aku ke buta tak nampak yang mana ? "Yang barisan no 2 tu." balas si sepupu ni tadi. "Itu pink ahh." jawab si Fiza, adik si sepupu Miraa ni tadi. "Purple ahh." tekad sepupu Miraa. "Pink..." kami membangkang. "Bangteh rabun." sonang yo dio jawab. HAHA, sabo jelah... "Kenapa diaorang naik atas ?" soal sepupu Miraa ni tadi. "Photoshoot kott." kata Miraa. "Mana ada Canon ? Nikon ?" balas Fiza. Ha'ah, ye tak yea jugakkan ? Persoalaan dibiarkan begitu saja. After puas mandi, dalam kul 4 cenggitu, kami pi tukar baju. Siap sedia untuk balik. Muka dah gelap, badan dah sejuk, after change kami bergerak pulang.

To Be Continue...

Labels: , ,



Intro




Archive




Instagram




Shout Out Loud!



credit


design and template originally by ayuni