i ii iii
thantophobia
scared of losing somenone you love;
iv v vi

Journey To The Kay Yell
Monday 5 November 2012 • 10:54 pm
Greeting Text



Hello Perak :) HAHA, lama dah tak cuci blog ni. *fuhhh fuhhh* (tiup habuk) Habuk dah tebal 5 inci dah ni. Kesibukan yang berlaku menghalang Miera untuk terus mengupdate dan mencuci blog ni. Seterusnya, pukul 11.30 malam 4/11/2012, Miera dan rombongan sekolah selamat sampai ke Perak setelah 2 hari 1 malam berada di kota metropolitan, Kuala Lumpur atau digelar sebagai Kay Yell oleh teman-teman rapat Miera :) Okayy, let me start a stories.....

Hari pertama (04/11/2012)
Tepat jam 5:30 pagi, Miera bangun dan bersiap sedia untuk go to the Kay Yell. Sesudah siap, pukul 6.15 pagi Miera bertolak menuju ke KTM di Batu Gajah. Sampai sana jumpalah geng D' Aurora ku :D Sembang-sembang, snaping- snaping, walking-walking. Then, jumpa mama dan salam dan mama bagi RM140 sebagai belanja ke sana. Jam 7:15 pagi, train kami sampai. Yess ! We go there via train (english aku lulus okayy). Seterusnya, kami duduk diam-diam dan memulakan operasi bergambar. Perjalanan ini mengambil masa selama 2 Jam 13 Minit dan hanya berhenti di 9 stesen sahaja. Selepas, 2 Jam 13 Minit, kami pun tiba di Kay Yell. Tempat pertama yang kami tuju ialah di stesen Monorel. Pelbagai informasi yang diterangkan oleh pakcik dan kakak tu dan kami di guard oleh 3 orang polis, dimana yang seorang itu sangat handsome. HAHA, kami dilayan istimewa kerana dalam monorel itu hanya ada kami sahaja. Tiada orang luar. Amiliya  berpeluang duduk di sebelah pemandu itu, dan pakcik tu cakap, hanya ada orang-orang tertentu sahaja yang boleh masuk kat dalam tu, even pakcik tu sendiri kalau nak masuk, kena minta kebenaran dengan si pakcik pemandu. Tapi, memang BEST gila dan GEMPAK gila. Kemudian, dah habis tu, kami pergi melawat Muzium Negara, Istana Negara, dan ada lagi tapi, dah tak ingat.

Di malam hari (04/11/2012)
Setelah selesai, dalam pukul 5 petang tu kami bertolak menuju ke Hotel. Hotel kami betul-betul berdekatan dengan I-City :D Tak sampai 5 minit dah sampai. Nama hotel tu HOTEL 1ST INN :) Kecik je bilik dia tapi, memang gempak ! 1 bilik 2 orang tidur. Sampai tu, kami kemas barang, rehat sekejap, then mandi, lepas tu pergi terjah bilik member lain. Memang gempak ! Lepas solat maghrib, kami siap-siap untuk pergi ke I-City :) Yeayy ! Dah siap, kami pun bertolak, memang cantik lah beb suasana kat sana yang dihiasi dengan pelbagi bentuk lampu neon dan lampu L.E.D. Sebelum tu, cikgu cakap, kami kena pergi makan dulu, then, kami pun pergi lah makan KFC, bapak gila ramai orang dalam tu. Dah order tu, kami cepat-cepat makan sebab nak main punya pasal. Dah habis makan tu, kami terus menuju ke roda wheel yang besar tu. Yang kena bayar seorang RM10. Wahhh :) sedang beratur mahu bayar, hambik kau, lebat gila hujan turun. Apa lagi, keluar baris then, berlari lah mencari tempat teduhan. Berapa lama kami tersangkut kat situ. Sedih beb ! Sebab tak dapat tangkap gambar :( Bila nak pergi lagi ? Kemudian, kami terus balik hotel. Bila dalam hotel tu memang tak mahu tidur lah. Main sana, main sini, bukak WiFi, dan macam-macam lagi. Sampailah tepat jam 12 tengahmalam, kami wish HAPPY BIRTHDAY tu ANIS SYAFIKAH. Mungkin kerana dia birthday girl, so, malam tu Miera buli dia. Dah lah sejuk beraircond, Miera konker tempat tidur pulak tu then, tak bagi si birthday girl tu selimut. Memang say sorry lah tu Anis, sebab Miera memang akan bukak langkah bila tidur. HAHA. Sorry gila-gila Anis. 

Hari kedua A.K.A hari terakhir (05/11/2012)
Bangun pagi awai pukul 6 pagi. Dah siap-siap, kami bergerak menuju ke gerai makan pagi. Dekat dengan pasar Jawa. Memang sedap beb puding jagung dia. Then, dia punya nasi lemak just sambal dia manis sikit. Yang lain tu okayylah. Seterusnya, kami bergerak menuju ke UM (Universiti Malaya). Ada KARNIVAL SASTERA KANAK-KANAK dekat salah satu dewan. Kemudian, ada orang Japanese datang dan namanya kalau tak silap KONISYIBAI/KONISYIBA *dah lupa* Selain itu, macam-macam ada dalam tu. Salah satunya, ada jual novel :) Dapat 30% discount. Memang tak lepaskan peluang lah. Tajuk novel yang Miera beli tu CUKUPLAH SEKADAR DIRIMU. Kemudian, ada pelbagai game yang menguji akal fikiran. Dah habis tu kami menuju ke Aquaria :) Memang cukup gempak dan cukup seronok dan macam-macam lagi perasaan. Cenderahati ? Tak beli, sebab nak jimat duit punya pasai. kemudian, kami pergi makan, dekat food court tingkat 4. Makan, nasi, kuah masak lemak then, ayam seketul, dan ikan seekor RM9 :3 itu belum masuk air lagi. Kalau kedai mamak dekat depan rumah Miera ni, ayam 1 ketul (besar punya), nasi, kuah, ikan seketul dan masuk air dah cukup RM9. Normallah tu kan dekat Kay Yell ni. Dah habis tu, kami singgah masjid sebab nak solat. Kemudian, kami bergegas untuk bergerak menuju ke BTS :) BERJAYA TIMES SQUARE. Tempat pertama yang kami tuju ialah, Berjaya Times Square Theme Park. Dan tempat pertama mereka nak main ialah ROLLER COASTER :D Miera main ? Memang tak lah sebab Miera ni takut tinggi dan cepat rasa gayat. Haiyoo, kawan Miera pun sama, *kita geng* Kemudian, sementara tunggu depa main tu, kami berdua main benda lain. Sesudah itu, kami naik atas sebab tunggu depa lama sangat, tengok-tengok depa dah naik kereta langgar dulu. Janji kata main sama ? Serios terasa gila time tu. Bukannya taknak main roller coaster tu, nanti kalau Miera pengsan ka, pening ka, rasa nak mati ka, korang jugak yang susah kan ? Cubalahlah faham situasi orang lain. JANGAN PANDAI BERJANJI JIKA TAK MAMPU TUNAIKAN ! Time tu rasa macam nak nangis je, nak balik pun ada nak tengking depa pun ada. Lepas tu pulak, naik kereta pagi pusing laju tu pun tak tunggu Miera dengan kawan Miera yang sorang lagi tu. Laju je depa ke depan, tengok kami dah belah baru nak ajak. Time tu dah penuh kot. Lagi lah, panas hati ! Serios, rasa macam nak beli pisau time tu dan nak bunuh depa. Pastu, depa ajak naik atas, kami naik BOTANICAL TRAIN. Sekejap je naik, tengok depa okayy, Miera pun okayy lah. Malas lah nak panjangkan cerita.  Kemudian, kami main kereta langgar. Memang best. Kemudian kami turun, dan balik naik bas untuk menuju ke Kay Yell Sentral. Dan, kami cari tempat untuk lepak, kemudian, kami masuk tandas tukar baju. Melekit kot. Lepas tu, ada pulak cerita yang tidak enak untuk didengari. Pasal Berjaya Times Square. Sumpah ! Miera cakap, Miera bayar dekat AMILIYA ! Dia sendiri ambil from tangan Miera RM50. Kemudian, dia pulangkan kembali baki RM13. NORA dan NISA punya Miera yang tolong bayarkan dekat AMILIYA setelah selesai main di BTS. Yang lain, Miera tak pasti dah bayar ke belum. Semua nak masam muka. Sebab ada yang tak bayar, so, 2 orang kawan Miera rugi, sebab depa bayar guna duit depa dulu. Kalau Miera ada banyak duit, memang Miera akan ganti balik duit korang duit tu, sebab Miera tak nak korang masam muka, masalahnya, Miera tak ada duit ! Tak ada ! Kalau ada, Miera ganti balik yang hilang tu sebab taknak ada yang bermasam muka dan pergi serang sapa yang tak bayar, Memang kalau, Miera sendiri pun, Miera panas hati dan rasa macam nak bunuh je orang tu. . Dah tu semua okay, kami turun bawah dan naik train dan sampai rumah.

END OF STORIES


Intro




Archive




Instagram




Shout Out Loud!



credit


design and template originally by ayuni