i ii iii
thantophobia
scared of losing somenone you love;
iv v vi

BUNGA YANG MENANGIS
Friday 1 July 2011 • 10:30 am


Selama ini aku tidak tahu
Bahawa bunga menangis di waktu malam
Ketika tidur lelap diulit mimpi
Dan setiap kali pintu pagi
Aku buka dengan ramah
Mereka tersenyum menyambut
Sedangkan di pipinya
Ada bintik-bintik air
Lalu aku tanya mengapa 
Mereka menjawab mesra ;
Inilah titis dari langit katanya,
Yang sentiasa di kejauhan

Aku tersenyum dalam asyik
Dengan belai kagum dan pesona
Lalu aku kucup keharuman
Sambil Menjamah keresahan
Yang mereka pendam semalaman

Seperti selalunya aku berangkat mengunci pintu
Dan mereka termangu memandang
Kerana kesekiankalinya permergian aku
Mereka rebah di tanah,
Kemudian dikutip waktu
Yang meranap jasadnya.


Intro




Archive




Instagram




Shout Out Loud!



credit


design and template originally by ayuni